Kawan sangat senang nak cari, pergi shopping complex jumpa orang then tegur tegur sikit pun dah boleh jadi kawan. Tapi sahabat macam tu ke? Sahabat sangat susah untuk ditemui. Kita boleh kawan dengan sesiapa yg kita suka dan memiliki seberapa kawan yang kita nak. Tapi sahabat cuma untuk orang tertentu je. Actually, sahabat ni lebih rapat dari kawan. Em susah senang, menangis, ketawa and everything lah boleh kongsi bersama.
Em kita semua mesti selalu dengar ayat ni "waktu kita senang, berduyun-duyun orang datang mengaku kawan, waktu kita susah pulak hm semua orang lari then cakap tak kenal kita. Sebab tu jugak lah orang selalu kata "kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah dicari"
Semua orang perlukan sahabat sejati, tipu lah kalau korang tak perlukan sahabat. Tapi tak semua orang berjaya dapat sahabat sejati tu. Em seorang sahabat pun dah cukup sebenarnya tak kesah lah siapa sahabat kita tu sebab ada jugak orang anggap kakak dia sebagai sahabat, abang dia sebagai sahabat and ibu dia sebagai sahabat and something else. Seorang sahabat lebih berharga daripada seribu kawan yang pentingkan diri sendiri. So, kalau sy diberi pilihan untuk memilih antara seribu kawan dan seorang sahabat em ofekoss lah sy akan piilih seorang sahabat sejati :')
Bagi saya kunci dalam persahabatan hanyalah keikhlasan dan kepercayaan. Kalau orang tak ikhlas bersahabat dengan kita sbb tu lah terjadinya waktu kita susah dia tinggalkan, waktu kita senang asyik nak berkepit je. And kalau hilang kepercayaan dalam persahabatan maka runtuhlah sebuah persahabatan itu. Tak akan kita nak share everything dengan orang yg tak boleh dipercayai kan?
- Kawan berada di belakang meminta perlindungan tapi sahabat disisi memberi perlindungan.
- Jika kita jatuh, kawan hanya membantu selepas menahan ketawa tapi sahabat segera membantu.
- Kawaan hanya ada dengan kita pada masa tertentu tapi sahabat sentiasa bersama kita.
- Kawan dijalin kerana yang zahir tapi sahabat dijalin kerana yang batin.
- Sahabat kekal sepanjang hayat tapi kawan hanya sehingga perpisahan membawa haluan masing-masing.
- Walaupun sahabat hanya sedikit, tapi sahabat lebih tinggi nilainya.
- Kawan senang dicari tapi sahabat hanya boleh dicari dihati.
AKU MENCARI KAU YANG BERNAMA SAHABAT :')
