Saturday, 17 August 2013

Sakit Pembersih Dosa

Semenjak Raya kedua Esya demam :( Suara dah gaya rockers dah hahaha kalah Ella tau hihi. Mula mula ayah demam lepastu ibu pun demam then berpindah dekat Esya lepastu pergi dekat kakak hahaha. Look, keluarga kitorang ni kalau seorang demam semua sibuk nak demam haha so maknanya kitorang ni lebih kurang gaya pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" eh yeke pepatah tu? hahaha whatever lah hihi biasa lah Esya ni kan remaja yang suka main hentam je hahaha.Ni nak cerita ni Esya sebenarnya kesian tengok ayah yang tak boleh tidur malam sebab asyik batuk jee. em kesian ayah kan? takpa takpa harini Esya nak ajak ayah pergi klinik supaya cepat sembuh yeah! Then ayah boleh lah tidur dengan cukup kan? Kalau ayah sakit siapa nak cari duit? Memang lah kakak abang Esya semua dah kerja dah habis belajar tapi tak akan nak susahkan diorang kan? sebab diorang pun banyak nak pakai duit. Nak bayar kereta, rumah, duit makan, duit minyak kereta, tol bagai and macam macam lah. Lagipun, ayah memang jenis tak suka susahkan anak dia. Ayah tak akan mintak duit dekat anak-anak kecuali anak dia sendiri nak bagi sebab ayah faham yang anak dia banyak nak pakai duit em :')Esya pun sebenarnya tak boleh tidur malam tau hihi nak jugak kan menyibuk sama macam ayah. Haha tak tipu k, betul. Sebab kalau malam malam mesti kaki rasa macam lenguh gila tapi sebenarnya Esya bukan berjalan mana pun em nak suruh ibu urut kan tapi tak nak lah ibu penat. Nak urut sendiri? Malassssssssssss hahahaha. Esya kalau demam tak pernah makan ubat kecuali kalau teruk gila gila sebab err Esya tak suka makan ubat :( tak sedap k TAK SEDAP serious tak suka langsung makan ubat :( Sekarang ni pun esya demam tak makan ubat em just letak cool fever je atas kepala hahaha sejukkkkkk letak cool fever hihihi. Malam haritu Esya ada call Cha, First time call hehehe. Dia tu jiran sebelah dekat dalam kelas hahaha. Dia tanya "Esya, suara kau memang lain eh dalam phone lepastu Esya kata lah aku demam lah. Then dia kata ohh patutlah lain, demam rupanya alololo sian nya dia" hahaha betul kan Esya kata suara Esya lain ahaaaaaa :'( cedih hahahaha
Tapi, Esya tahu Allah kurniakan kita sakit ni sebab Allah sayang kita kan? :')

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)


Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)



Friday, 16 August 2013

Panas baran :/

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh. Panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.

Tips Hilangkan panas baran dan marah menurut islam
  • Mengubah posisi-Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring" (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk-Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Marah datangnya daripada syaitan,  dan ia hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila kamu marah hendaklah kamu berwuduk" (Riwayat Abu Daud)
  • Membaca  ta'awuz-Lafaznya yang bermaksud : "Ya Allah lindungi aku daripada syaitan yang direjam"
  • Berzikir-Banyak berselawat, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir
  • Kawal lisan-Berdiam diri itu lebih baik dan jangan bertutur apabila rasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri setiap yang berlaku ada hikmahnya dan merupakan ujian untuk mengukur tahap kesabaran kita.
  • Minum air-Sebaiknya minum air yang sejuk bagi memadamkan api kemarahan yang membuak dalam diri.
  • Berkata pada diri-Ingatkan pada diri bahawa setiap manusia diuji dengan ujian masing-masing. Terdapat juga yang lebih teruk dan seksa daripada kita. Bisikkan pada hati bahawa Allah mencintai orang yang sabar dan sentiasa bersama kita. Dengan cara ini, kita berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang mencetuskan ledakan kemarahan.
  • Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wednesday, 14 August 2013

7th Eid :')

Hi dear blog. i miss you, very much very very very much. 

Today is 7th Raya. Beraya rumah "si pakcik" hihi musuh gua yang paling gua sayang and paling rapat antara musuh musuh yang lain hahahaha. Pergi rumah dia bertiga dengan Aby and Mala. Kak Jue yang hantarkan tapi hantar sekerat jalan je lepastu sekerat lagi "si pakcik" tu jemput. Dah sampai je rumah "si pakcik" tu kitorang bertiga semua malu nak masuk haha si abby ni pulak tak habis habis ketawa entah apa yang lawak sangat pun tak tahu hahaha sampai berair mata macam menangis dah gayanya. Then, kitorang berani kan diri juggak masuk rumah tu sebab tak akan nak malu malu sangat kan, nanti orang cakap gedik pulak and buat orang menyampah jee. "si pakcik" tu ada baking cake hahaha nama cake tu cake coklat. cake tu sedap. cuma tak berapa naik, biasalah orang baru first time buat cake memang lah macam tu kan?hahaha btw thankyou so much :'* Mak dia ada lah masak sikit. lauk lauk semua sedap. pandai mak dia masak hihi.Balik dari rumah "si pakcik" tu kitorang pergi rumah nadd, kak jue yang hantar. kitorang duduk rumah nadd lama gila hahaha kitorang buat gaya rumah sendiri dah punya lah tak malu hahaha sebenarnya kitorang duduk rumah nadd lama sebab nak tunggu eiqa datang sebab eiqa pun nak joint sekaki hahaha so maksud nya kitorang dah berlima sebab eiqa bawak kawan dia sorang. nama kawan dia farah anisah tak silap lah. kawan dia diam je hihi takpaa comel je gitu hahaha. kitorang plan nak pergi rumah aby tapi macam dah lambat sangat sebab dah pukul 6 nak balik pukul berapa pulak kan? lagipun kalau nak pergi rumah aby ayah eiqa boleh hantar tapi tak tahu pulak siapa boleh jemput aku and mala balik. tak akan nak jalan kaki dari tj kot emm patoh kaki koi ahh so kitorang plan lain kali atau esok je sekali dengan kak diha.
ok lah sekian sekian sekian Assalamualaikum :)

Thursday, 8 August 2013

Salam AidilFitri

Kata Al-Ghazali: yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMALSOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN ”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.


Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin. 

Masih ada harapan untuk perubahan, Masih ada cinta untuk pengabdian, Masih ada asa untuk berkarya, Mari bangun bersama peradaban islam nan gemilang. Mulai lagi di hari nan fitri, diawali dengan maaf dan ikhlas. Mohon MAAF jika ada kata2 & sikap yang kurang berkenan dihati Atas segala khilaf. Mari bersama bangun peradaban Islam nan mulia.. Minal aidzin wal faidzin.

Sebelas bulan Kita kejar dunia, Kita umbar napsu angkara. Sebulan penuh Kita gelar puasa, Kita bakar segala dosa. Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka, Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama. Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf, Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf. Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin.



 
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin :)