Friday, 16 August 2013

Panas baran :/

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh. Panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.

Tips Hilangkan panas baran dan marah menurut islam
  • Mengubah posisi-Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring" (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk-Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Marah datangnya daripada syaitan,  dan ia hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila kamu marah hendaklah kamu berwuduk" (Riwayat Abu Daud)
  • Membaca  ta'awuz-Lafaznya yang bermaksud : "Ya Allah lindungi aku daripada syaitan yang direjam"
  • Berzikir-Banyak berselawat, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir
  • Kawal lisan-Berdiam diri itu lebih baik dan jangan bertutur apabila rasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri setiap yang berlaku ada hikmahnya dan merupakan ujian untuk mengukur tahap kesabaran kita.
  • Minum air-Sebaiknya minum air yang sejuk bagi memadamkan api kemarahan yang membuak dalam diri.
  • Berkata pada diri-Ingatkan pada diri bahawa setiap manusia diuji dengan ujian masing-masing. Terdapat juga yang lebih teruk dan seksa daripada kita. Bisikkan pada hati bahawa Allah mencintai orang yang sabar dan sentiasa bersama kita. Dengan cara ini, kita berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang mencetuskan ledakan kemarahan.
  • Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

No comments: