Sunday, 24 November 2013

KEJAYAAN

Kejayaan membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia yang diciptakan oleh-Nya mempunyai fungsi untuk mecapai kejayaan masing-masing tidak kira dalam apa jua bidang. Tiada yang sia-sia. Firman Allah yang bermaksud :-
"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang dlahirkan tanpa makna. Tiada manusia dilahirkan dengan sia-sia. Biarpun seorang tukang cuci tandas mahupun seorang tukang sapu, bertapa bermaknya mereka. Tanpa mereka seluruh tandas dan tempat akan menjadi kotor. Maka mereka telah berjaya menjadikan banyak tandas dan tempat menjadi bersih. Itulah kejayaannya. Maka, tahniah kepada mereka.

Kejayaan Menurut Al-Quran

Kejayaan tercipta pada setiap hari, Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, maka kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah menggapai kejayaan, semua orang akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam sendiri telah menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:



  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.



  12. Ayat ni jelas menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.

    Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

    Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

    Tak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tak semestinya juga mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa survive dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar inilah yg mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
    Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
    Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
    Firman Allah yang bermaksud:-
    Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Az-Azumar : Ayat 53)


    Saturday, 23 November 2013

    KAWAN ATAU SAHABAT ?

    SAHABAT mempunyai 7 huruf manakala KAWAN hanya mempunyai 5 huruf. Dari situ kita dah boleh nampak yg sahabat dan kawan ni ada perbezaan.

    Kawan sangat senang nak cari, pergi shopping complex jumpa orang then tegur tegur sikit pun dah boleh jadi kawan. Tapi sahabat macam tu ke? Sahabat sangat susah untuk ditemui. Kita boleh kawan dengan sesiapa yg kita suka dan memiliki seberapa kawan yang kita nak. Tapi sahabat cuma untuk orang tertentu je. Actually, sahabat ni lebih rapat dari kawan. Em susah senang, menangis, ketawa and everything lah boleh kongsi bersama.

    Em kita semua mesti selalu dengar ayat ni "waktu kita senang, berduyun-duyun orang datang mengaku kawan, waktu kita susah pulak hm semua orang lari then cakap tak kenal kita. Sebab tu jugak lah orang selalu kata "kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah dicari"

    Semua orang perlukan sahabat sejati, tipu lah kalau korang tak perlukan sahabat. Tapi tak semua orang berjaya dapat sahabat sejati tu. Em seorang sahabat pun dah cukup sebenarnya tak kesah lah siapa sahabat kita tu sebab ada jugak orang anggap kakak dia sebagai sahabat, abang dia sebagai sahabat and ibu dia sebagai sahabat and something else. Seorang sahabat lebih berharga daripada seribu kawan yang pentingkan diri sendiri. So, kalau sy diberi pilihan untuk memilih antara seribu kawan dan seorang sahabat em ofekoss lah sy akan piilih seorang sahabat sejati :')

    Bagi saya kunci dalam persahabatan hanyalah keikhlasan dan kepercayaan. Kalau orang tak ikhlas bersahabat dengan kita sbb tu lah terjadinya waktu kita susah dia tinggalkan, waktu kita senang asyik nak berkepit je. And kalau hilang kepercayaan dalam persahabatan maka runtuhlah sebuah persahabatan itu. Tak akan kita nak share everything dengan orang yg tak boleh dipercayai kan?

    • Kawan berada di belakang meminta perlindungan tapi sahabat disisi memberi perlindungan.
    • Jika kita jatuh, kawan hanya membantu selepas menahan ketawa tapi sahabat segera membantu.
    • Kawaan hanya ada dengan kita pada masa tertentu tapi sahabat sentiasa bersama kita.
    • Kawan dijalin kerana yang zahir tapi sahabat dijalin kerana yang batin.
    • Sahabat kekal sepanjang hayat tapi kawan hanya sehingga perpisahan membawa haluan masing-masing.
    • Walaupun sahabat hanya sedikit, tapi sahabat lebih tinggi nilainya.
    • Kawan senang dicari tapi sahabat hanya boleh dicari dihati.
                           AKU MENCARI KAU YANG BERNAMA SAHABAT :')