"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"Tiada manusia yang dlahirkan tanpa makna. Tiada manusia dilahirkan dengan sia-sia. Biarpun seorang tukang cuci tandas mahupun seorang tukang sapu, bertapa bermaknya mereka. Tanpa mereka seluruh tandas dan tempat akan menjadi kotor. Maka mereka telah berjaya menjadikan banyak tandas dan tempat menjadi bersih. Itulah kejayaannya. Maka, tahniah kepada mereka.
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Kejayaan Menurut Al-Quran
Kejayaan tercipta pada setiap hari, Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, maka kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah menggapai kejayaan, semua orang akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam sendiri telah menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
Ayat ni jelas menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.
Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).
Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran
Tak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tak semestinya juga mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa survive dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar inilah yg mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Az-Azumar : Ayat 53)

No comments:
Post a Comment