Tuesday, 28 May 2013

Aisyah yang cerdas & dicintai

Ciri-ciri keistimewaan Aisyah r.ha. menurut Ibnu Katsir rhm.


Ø  Rasulullah SAW tidak berkahwin dengan gadis, kecuali Aisyah r.ha

Ø  Malaikat menemui Baginda dalam mimpi dengan membawa gambaran Aisyah r.ha. dalam balutan sehelai kain sutera putih sebanyak dua atau tiga kali sambil berkata kepada Baginda, “Ini ialah isterimu!” Maka Nabi SAW pun mengahwininya atas dasar perintah dan wahyu daripada Allah SWT.

Ø  Tidak ada wanita antara isteri-isteri Baginda yang lebih Baginda cintai berbanding Aisyah r.ha.

Ø  Tidak ada wahyu yang turun kepada Nabi SAW ketika Baginda sedang berada dalam satu selimut dengan wanita, selain bersama Aisyah r.ha.

Ø  Aisyah ialah puteri Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Ø  Nabi SAW menyatakan bahawa diri Aisyah r.ha. lebih mulia berbanding wanita sejagat.

Ø  Aisyah juga ialah isteri Nabi SAW di dunia dan di Akhirat

Ø  Rasulullah SAW wafat di hadapannya dan di dalam kamarnya, bersandar antara paru-paru dan bahagian dada Aisyah. Air liurnya bersatu dengan air liur Rasulullah SAW pada detik detik akhir kehidupan Baginda kemudian Baginda dimakamkan di dalam kamar kediamannya.

AISYAH R.HA. =D

Antara Faktor Luar Biasa Aisyah r.ha.



- Ketajaman akal dan kekuatan daya hafalannya, yang dibuktikan dengan banyaknya hadis diriwayatkan daripada Nabi SAW

- Perkahwinannya dengan rasulullah SAW di usia remaja dan peluang membesar dalam suasana kenabian, sehingga menjadi murid Nabi SAW (tilmizah nabawiyyah).

- Banyak wahyu yang turun sewaktu Nabi SAW berada di dalam biliknya. Inilah menjadikan kedudukannya lebih utama berbanding isteri isteri Nabi SAW yang lain.

- Kecintaan nya terhadap ilmu pengetahuan. Beliau gemar bertanya dan mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat jika terdapat perkara yang tidak diketahui atau jika timbul permasalahan yang rumit. Ibnu Abu Mulaikah berkata “Aisyah r.ha. tidak mendengar sesuatu yang tidak diketahuinya, kecuali dia akan mengkaji dan mengulang-ulanginya sehingga dia benar benar tahu”.



Thursday, 9 May 2013

DOSA DOSA BESAR

Hai awak, awak la ! ya awak yang tengah baca ni. Saya nak share sikit apa yang saya belajar dekat sekolah tadi hihi. Dekat sekolah tadi saya belajar Pendidikan Islam. Belajar pasal dosa-dosa besar. Antara dosa-dosa besar ialah MENGUMPAT, MEMFITNAH.

Dosa besar merupakan kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu didunia dan amaran azab di akhirat.

Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang dimasa ketiadaan serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya.

Firman Allah S.W.T :-
Maksudnya: “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu bertaqwa lah kepada Allah kerana Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihi”

Memfitnah adalah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Firman Allah SWT :-
Maksudnya: ... Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh ...

Adakah kita suka melihat orang lain menderita? Suka akan permusuhan dan huru hara?
*jauhilah MENGUMPAT DAN MEMFITNAH*


Wednesday, 1 May 2013

LUASNYA RAHMAT ALLAH






“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang  berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya lalu dia ikat tali kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu.” –Riwayat al-Bukhari.


Ya Allah betapa luas rahmat-Mu kepada hamba-hamba-Mu :’) Betapa luas peluang yang diberikan oleh-Mu untuk setiap insan mendapat keampunan-Mu :’) Dengan keampunan itu setiap insan akan memasuki syurga-Mu yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Subhannallah :’) Betapa Allah itu Pengasih sehingga ada kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.