)
- Ketajaman
akal dan kekuatan daya hafalannya, yang dibuktikan dengan banyaknya hadis
diriwayatkan daripada Nabi SAW
- Perkahwinannya
dengan rasulullah SAW di usia remaja dan peluang membesar dalam suasana
kenabian, sehingga menjadi murid Nabi SAW (tilmizah nabawiyyah).
- Banyak
wahyu yang turun sewaktu Nabi SAW berada di dalam biliknya. Inilah menjadikan
kedudukannya lebih utama berbanding isteri isteri Nabi SAW yang lain.
- Kecintaan
nya terhadap ilmu pengetahuan. Beliau gemar bertanya dan mempunyai sifat ingin
tahu yang amat kuat jika terdapat perkara yang tidak diketahui atau jika timbul
permasalahan yang rumit. Ibnu Abu Mulaikah berkata “Aisyah r.ha. tidak
mendengar sesuatu yang tidak diketahuinya, kecuali dia akan mengkaji dan
mengulang-ulanginya sehingga dia benar benar tahu”.
No comments:
Post a Comment