)
Ø Rasulullah
SAW tidak berkahwin dengan gadis, kecuali Aisyah r.ha
Ø Malaikat
menemui Baginda dalam mimpi dengan membawa gambaran Aisyah r.ha. dalam balutan
sehelai kain sutera putih sebanyak dua atau tiga kali sambil berkata kepada Baginda, “Ini ialah isterimu!” Maka Nabi SAW pun mengahwininya atas dasar
perintah dan wahyu daripada Allah SWT.
Ø Tidak ada
wanita antara isteri-isteri Baginda yang lebih Baginda cintai berbanding Aisyah
r.ha.
Ø Tidak ada
wahyu yang turun kepada Nabi SAW ketika Baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan wanita, selain bersama Aisyah r.ha.
Ø Aisyah
ialah puteri Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Ø Nabi SAW
menyatakan bahawa diri Aisyah r.ha. lebih mulia berbanding wanita sejagat.
Ø Aisyah
juga ialah isteri Nabi SAW di dunia dan di Akhirat
Ø Rasulullah
SAW wafat di hadapannya dan di dalam kamarnya, bersandar antara paru-paru dan
bahagian dada Aisyah. Air liurnya bersatu dengan air liur Rasulullah SAW pada
detik detik akhir kehidupan Baginda kemudian Baginda dimakamkan di dalam kamar
kediamannya.
No comments:
Post a Comment