Friday, 26 July 2013

Sumaiyah - Wanita Pertama Mati Syahid

Sumaiyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Begitu agungnya nilai perjuangan seorg wanita. Bila kita renungkan ternyata org yg pertama memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yg dibawa Rasulullah ialah Khadijah dan org yg pertama syahid dalam Islam ialah wanita yg bernama Sumayyah...Allahuakbar!                                   

inspire by : nursyirah.wordpress.com


 

Salam Nuzul A-Quran :)

Assalamualaikum. Hai, Selamat malam. Harini adalah Ramadhan yang ke-16. Dah 16 hari kita menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ni em and beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Nanti tak ada dah lah Solat Tarawikh pada setiap malam :( 


Esok Dah 17 Ramadhan bermakna hari esok adalah Hari Nuzul Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran buat semua :) Bacalah Al-Quran banyak-banyak esok hihi bukan esok je tau tau tau SETIAP HARI ;) InnShaAllah dengan kita membaca Al-Quran kita akan mendapat ketenangan yang hakiki Aaammiiinnnnnn....
                     
  

Thursday, 25 July 2013

Aku Maafkan kau Eiqa - written by Esya

Nurul Afiqah 
Hai, Assalamualaikum. Gambar dekat atas tu nama dia Nurul Afiqah atau dikenali sebagai UL, QAKAN atau EIQA. Dia seorang yang manja. Ciri-ciri fizikal dia COMEL, PENDEK, TANGAN BERPELUH hahahaha. Dia seorang yang paaaaaaaaaaaaaaling anti gila dengan semut, nyamuk. Seorang yang gila-gila tak matang hahaha.Dia kawan baik esya. Kawan paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling baik tak pernah marah pun, esya je selalu marah dia hahaha SORRY EIQA :* sorry sekali lagi sebab aku curi gambar kau ni hihi eh eh eh bukan curi kay aku ambil je sebab kalau guna bahasa curi ni macam tak sopan pulak haha.


Dia ni lah yang buat entry "AKU MERAJUK DENGAN EIQA" haha actually aku gurau je suruh kau buat entry ni eiqakan oiii tak sangka pulak kau betul-betul hihi tapi aku memang terharu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :') Tadi dekat sekolah esya buatkan dia satu kad, kad tu mungkin tak berapa cantik and kalau nak jual pun tak ada siapa nak beli ataupun mungkin tak laku pun hahaha just a simple card but esya buat dengan peeeeeenuh keikhlasan kay hahaha. Dalam kad tu esya tulis lah serba sedikit luahan hati #cehh . Kad tu esya namakan kad TIGA sebab GYB adalah tiga huruf and dekat depan kad tu ada tiga NAMA eiqa lepastu dalam tu terkandung tiga PERKARA penting dan terdapat tiga sticker bella hahaha.

Saturday, 20 July 2013

"AKU MERAJUK DENGAN EIQA" - esya and written by eiqa

Assalamualaikum

miawwwww miawwwww. Dia punya mata aummm :(

I'm eiqa, saya ada buat salah dekat esya sampai dia suruh buat post ni :< Apa salah sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T^T adakah kerana saya tukar nama GYB tu kat twitter macamtu je? atau cakap orang dekat header blog ni macam dia? hehehehe sorry esyaaaaaaa ;( Ataupun sbb aku selalu gurau kasar kat kau ni? ke sebab aku tak bagi bagi novel suami aku ustaz tu? Ataupun ataupun ataupun sebab aku tak selalu puji kau cantik? ataupun sebab aku tak reti eja nama penuh kau dengan betul? T^T ataupunnnnnnnnnn aku ni hipokrit depan kau? NUR AISYAH NABILA kali ni aku eja nama kau betul betul dah. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Esya, apa pun salah aku. mohon  maafkan aku T^T

"saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maafsaya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf saya mintak maaf"





Wednesday, 17 July 2013

Allah uji kerana Sayang


Tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita, bahkan tidak semestinya perkara yang buruk itu tidak baik untuk kita.
Bukankah Allah pernah menyatakan, jangan manusia itu berasa mereka sudah beriman sehingga mereka itu diuji. Sudah tentunya ujian itu juga adalah rencah kehidupan. Nabi-Nabi dan rasul-rasul terdahulu juga tidak terlepas daripada ujian, malah mereka menanggung beban ujian itu hingga ada yang terpilih dan bergelar Ulul Azmi.

Namun Allah juga menyatakan, ujian yang ditimpakan oleh-Nya hanya bersesuaian dengan kemampuan hamba itu, bergantung pada hamba itu jua akhirnya bagi menterjemahkan ujian itu dengan reaksi yang pelbagai.

Ulat di dalam batu juga mampu hidup hanya kerana izin Allah. Inikan pula manusia yang diberikan akal oleh Allah bagi berusaha dan membuat pilihan. Sesungguhnya pilihan itu ada di tangan kita. Kita yang memilih bagi mendapatkan keredaan Allah ataupun sebaliknya :)






                             
 

Tuesday, 16 July 2013

Perindu Cinta Abadi

Selepas membaca, menghayati, meneliti dan memahami sejarah srikandi Islam iaitu Rabiah Al-Adawiyah. Diriku menyoal hatiku, bagaimanakah cintaku pada Allah? Bagaimanakah rinduku pada Allah?

Air mata membasahi pipi terkenangkan bagaimanakah kedudukan aku disisi Allah :( Hinanya aku, kerdilnya aku berbanding mu Rabiah Al-Adawiyah. Dirimu adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Dirimu mempunyai makam yang tertinggi.

Beliau seorang yang mempunyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik. Beliau seorang wanita yang menjadikan Allah sebagai kekasih hatinya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba. Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah.

Rabiah menghabiskan zaman kanan-kanak, remaja, dewasa dan tuanya hanya untuk mencintai dan menjadi perindu kepada cinta abadi. Beliau melupakan semua keinginan duniawi. Beliau hanya tinggal di pondok usang yang sama sekali tidak mempunyai perabot kecuali tikar lama, pakaiannya hanya beberapa helai baju yang sudah lusuh, barangan dapur yang ada hanya sebuah bekas air daripada kulit yang sudah daif, makanannya hanya sekeping roti, didalam rumahnya terbentang sehelai kain putih yang cukup membaluti badan iaitu kain kafan.

Beliau wanita yang tidak mahukan keselesaan di dunia kerani beliau bimbang jika beliau mempunyai kemewahan dan keselesaan maka beliau bimbang akan mengganggu dirinya daripada khusyuk dalam melakukan ibadah kepada Allah. Beliau mencintai Allah ikhlas tanpa meminta balasan. Beliau tidak pernah memohon balasan syurga mahupun dijauhi neraka kerana beliau berkata jika syurga dan neraka itu tidak wujud, maka aku akan tetap mencintai dan merindui kekasih hatiku. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

Subhanallah :')