Air mata membasahi pipi terkenangkan bagaimanakah kedudukan aku disisi Allah :( Hinanya aku, kerdilnya aku berbanding mu Rabiah Al-Adawiyah. Dirimu adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Dirimu mempunyai makam yang tertinggi.
Beliau seorang yang mempunyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik. Beliau seorang wanita yang menjadikan Allah sebagai kekasih hatinya.
Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba. Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah.
Rabiah menghabiskan zaman kanan-kanak, remaja, dewasa dan tuanya hanya untuk mencintai dan menjadi perindu kepada cinta abadi. Beliau melupakan semua keinginan duniawi. Beliau hanya tinggal di pondok usang yang sama sekali tidak mempunyai perabot kecuali tikar lama, pakaiannya hanya beberapa helai baju yang sudah lusuh, barangan dapur yang ada hanya sebuah bekas air daripada kulit yang sudah daif, makanannya hanya sekeping roti, didalam rumahnya terbentang sehelai kain putih yang cukup membaluti badan iaitu kain kafan.
Beliau wanita yang tidak mahukan keselesaan di dunia kerani beliau bimbang jika beliau mempunyai kemewahan dan keselesaan maka beliau bimbang akan mengganggu dirinya daripada khusyuk dalam melakukan ibadah kepada Allah. Beliau mencintai Allah ikhlas tanpa meminta balasan. Beliau tidak pernah memohon balasan syurga mahupun dijauhi neraka kerana beliau berkata jika syurga dan neraka itu tidak wujud, maka aku akan tetap mencintai dan merindui kekasih hatiku. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.
Subhanallah :')

No comments:
Post a Comment