Tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita, bahkan tidak semestinya perkara yang buruk itu tidak baik untuk kita.
Bukankah Allah pernah menyatakan, jangan manusia itu berasa mereka sudah beriman sehingga mereka itu diuji. Sudah tentunya ujian itu juga adalah rencah kehidupan. Nabi-Nabi dan rasul-rasul terdahulu juga tidak terlepas daripada ujian, malah mereka menanggung beban ujian itu hingga ada yang terpilih dan bergelar Ulul Azmi.
Namun Allah juga menyatakan, ujian yang ditimpakan oleh-Nya hanya bersesuaian dengan kemampuan hamba itu, bergantung pada hamba itu jua akhirnya bagi menterjemahkan ujian itu dengan reaksi yang pelbagai.
Ulat di dalam batu juga mampu hidup hanya kerana izin Allah. Inikan pula manusia yang diberikan akal oleh Allah bagi berusaha dan membuat pilihan. Sesungguhnya pilihan itu ada di tangan kita. Kita yang memilih bagi mendapatkan keredaan Allah ataupun sebaliknya :)

No comments:
Post a Comment